Jenis Perniagaan Atas Talian Tahun 2020-2021 Yang Bakal Paling Top

Kelebihan utama mengapa ramai orang melibatkan diri di dalam business online ni disebabkan ‘kebebasan’. Anda tak perlu berada di pejabat atau di rumah setiap masa untuk menjalankan business anda. You can do your business anywhere as long as ada internet connection. Bestkan kalau dapat bercuti di luar negara, dalam masa yang sama business online tetap memberikan anda income. Then you can enjoy your vacation like a king and queen tanpa perlu risau duit tak cukup atau perlu memikirkan apakah yang berlaku di pejabat.

Tak kesah la apapun alasan nya untuk anda ingin memulakan business online, pastikan anda mencapai 3 perkara berikut:

  • Memberikan anda kebebasan untuk tinggal di manapun
  • Membolehkan anda bekerja secara flexsible
  • Menjana pendapatan yang lumayan


Basically ia seperti bersara awal daripada kerja yang anda lakukan sekarang ini. Anda tak perlu lagi pergi ke pejabat dari pukul 8am – 5pm. Atau maybe kerja anda sekarang memerlukan anda berjauhan daripada keluarga. Dengan menceburkan diri secara serious dalam online business, ketika business sudah konsisten dan menghasilkan pulangan yang lumayan maybe 2 atau 3 kali ganda daripada apa yang anda dapat sekarang ini, anda tak perlu lagi kerja mengikut jadual yang strict atau meninggalkan keluarga berjauhan. Sedihkan, kalau lihat anak-anak yang membesar tanpa ayah atau ibu disisi setiap hari, dalam 365 hari setahun maybe tak sampai 1/3 daripada masa tu mereka dapat bersama keluarga kerana harus bekerja. Erm..jika situasi itu berlaku bagi anda, maybe it time for you to start your business online NOW.

Bagaimana memulakan business online?

Anda boleh memulakan business online anda dimana-mana dan bila-bila masa saja. You have to thrust me, untuk memulakan online business anda tak perlu ada MBA ataupun PhD. Sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan online.

Tetapi, sebagaimana semua jenis perniagaan lain, ia juga memerlukan masa, perancangan dan juga komitmen untuk bermula, dan yang paling penting anda kena tahu ‘WHY’ atau ‘MENGAPA’ anda ingin melibatkan diri di dalam business online.

Anda kena find out secara terperinci terlebih dahulu apakah ‘WHY’ tersebut sebelum anda berfikir secara serious untuk memulakan online business. Sebab tanpa alasan yang kukuh (WHY) anda mungkin akan mengalah. Business online sama sahaja seperti business yang lain, ia kejam dan menjanjikan pulangan hanya kepada mereka yang benar berusaha dan tidak pernah mengenal putus asa. Tak ada idea apakah bussiness online yang harus anda ceburi? No worry, saya akan bincangkan 10 jenis online business untuk tahun 2020 ini yang anda boleh ceburi.

Top 10 Perniagaan Online Untuk Tahun 2020 – 2021


Kesemua jenis perniagaan online yang saya akan bincangkan ni berpotensi untuk menjana pendapatan yang lumayan dalam masa yang singkat.

Tetapi kunci untuk kejayaan adalah your ‘long term vision”

Keep move on, tak perlu tunggu lama-lama. Apa yang penting adalah kejujuran dan intergriti. Tanpa intergriti anda berpotensi menghancurkan business anda dalam masa yang singkat. That why it is very important to build your relationship and gain thrust from your potential customer. Bila orang dah mempercayai anda, mereka akan berpotensi untuk kembali atau membawa pelanggan lain kepada anda. Same like traditional business la. Kalau anda pergi makan, kat dalam gambar, menu bukan main sedap lagi dengan paha ayam 3 ketul tapi sekali hidangan sampai ayam hanya 3 kerat kecil dan makanan langsung tak dapat dihadam. Ko rasa ko nak datang balik kedai makan tu ka? 🙂

Berikut merupakan 10 jenis perniagaan online yang dijangka akan terus mendapat sambutan dan memberikan pulangan yang lumayan.

1.0 Jual Produk Informasi

Apa benda ni beb. Informasi ko pun nak jual ka. Yes bro, dan business ini la yang paling best dan laku di dunia cyber sekarang ni. Cuba check diri sendiri apa kelebihan atau pengetahuan yang kamu ada. Setiap orang pasti ada kelebihan atau pengetahuan tertentu bekenaan dengan sesuatu perkara. So, you boleh ambil kesempatan daripada kelebihan atau pengetahuan tersebut dengan berkongsi dengan orang lain. In the same time, you can make some money. Why not kan.

Jika anda memiliki skills atau pengetahuan di dalam sesuatu perkara, basically anda sudah satu langkah dihadapan untuk memulakan online business anda. Tak kisah la apun pun niche tersebut yang penting anda meminati perkara tersebut. Walapun ada skill tapi kalau anda sendiri kurang berminat ia juga mungkin akan menjadi penghalang kepada anda.

What kind of skills you can sell and make money? ANYTHING and EVERYTHING. Only yourself yang tahu apakah skill yang ada pada diri kamu. Masih tak ada idea lagi? Ok lah saya bagi contoh sikit.

Anda pandai menari tarian traditional? Contoh tarian ‘Ngajat’ haha..itu pun skill beb.

Anda minat memasak dan sentiasa mencuba resipi-resipi yang baru? Ya itu pun skill, orang macam saya kalau goreng nudget pun boleh hangus, so I can learn from you

Anda pemuzik yang hebat, boleh main drum dengan 1 jari saja. Yes it your skill.

Saya surirumah saja, apa skill yang saya ada. Eh, silap tu. Baju 2 – 3 bakul you boleh lipat dalam masa 15 minit, itu pun skill namanya.

Hehe, so itu contoh ya, supaya senang nak faham. Whatever your skills, combine dengan passion dan juga keinginan untuk membantu orang lain, hopefully jika dilakukan dengan teliti di dalam online business, ia akan mendatangkan hasil.

Macam mana nak business dengan jual produk informasi ni. Selepas anda pilih niche atau jenis business online yang anda ingin ceburi, you can start you business either share your knowledge through Youtube, Blog, Webminar and ext.

2.0 Affiliate Marketing

Anda masih tak pasti apakah kelebihan atau skill yang ada. Atau masih tak ada masa untuk menghasilkan product sendiri? Jangan risau, anda masih boleh melibatkan diri dengan online business melalui affiliate marketing.

Jika anda memilih jenis perniagaan ini, pastikan anda fokus kepada niche yang telah anda pilih. Selain tu kena kreatif untuk menulis sale letter (copywriting). Not to worry much about that, kebanyakan affialiate produk dah siap ada sale letter mereka sendiri, maybe you need to improve it again. Lagipun anda boleh belajar untuk menjadi copywriter yang baik.

Anda boleh menjual produk fizikal atau digital. Ketika memilih produk atau brand, pastikan anda memilih produk atau brand yang sudah mempunyai reputasi yang baik dan dikenali ramai. Ini memudahkan proses anda untuk mendapatkan jualan. Antara contoh brand di Malaysia yang menawarkan affiliate marketing seperti Lazada, Digi, Malaysia Airlines dan banyak lagi.

top online business 2020/21 affiliate marketing
Berikut antara contoh top niche dalam affiliate marketing yang anda boleh ceburi.

Fitness and Weight Loss
Health
Dating and Relationships
Pets
Self Improvement
Wealth Building Through Investing
Make Money on the Internet
Beauty Treatments
Gadgets and Technology
Personal Finance

Antara website yang menawarkan affiliate markerting seperti Rakuten, CJ, ClicksBank, Involve Asia and bermacam lagi. Kalau kamu tanya saya, personaly saya prefer Involve Asia sebab mereka player local.

Untuk berjaya dalam affiliate ni, sekali lagi anda kena mahir dalam copywriting atau reviewing of the produk atau services yang anda pilih. You can do it samada through Facebook, Blog ataupun Youtube.

3.0 Mengajar, Kursus atau Konsultasi

Anda ada skill seperti kat section pertama tadi? Why not turn it into money dan mengajar atau melatih pelanggan anda secara online atau offline. Sebagai contoh anda ada kepakaran di dalam bidang-bidang tertentu seperti perakaunan, kesihatan, perundangan, wedding planner and ext. You can start your online business too.

Semakin hari permintaan terhadap kursus atau konsultasi semakin meningkat. Malah ia menjanjikan pulangan yang lumayan juga.

Jika anda ingin menceburkan diri di dalam bidang ni, ada beberapa basic tool yang boleh membantu anda untuk membuat kursus atau konsultasi online seperti emel messenger, video calling software dan paling penting payment gateway 🙂 Kalau tak macam mana student nak buat bayaran ya. This business good untuk yang suka mengajar. Boleh buat tuisyen online juga kaedah ni.

Berikut merupakan antara niche sektor yang kerap memerlukan konsultasi

Strategi konsultan
Pengurusan Operasi
Sumber Manusia
Teknologi Maklumat
So, jika anda ada kepakaran dalam sesuatu bidang khusus, maybe you can start to offer your consultation service.

Untuk berjaya di dalam bidang ni, anda kena mempelengkap diri dengan ilmu-ilmu yang berkaitan dari masa ke semasa, mempunyai hubugan yang baik dengan pihak industri, menawarkan kaedah pembayaran yang fleksibel dan dapatkan maklum balas daripada pelanggan.

4.0 Membership Website or Program

top online business 2020/21 membership website
Haha, ini adalah cara yang paling seronok untuk mendapatkan income secara berulang.

Selain tu, anda boleh menjual produk atau service tersebut secara berulang-ulang kepada pelanggan yang berlainan. It could be one month job to produce the good qualiti information then you can resell it over and over again.

But first thing first, anda kena ada website sendiri. Tapi jangan risau, kalau tak pandai guna website, anda boleh belajar how to build your website easily. Boleh juga belajar online atau menghadiri offline kelas. Kalau anda perlukan bantuan, boleh check info kat sini. You may use YouTube as well.

Again, bila anda memulakan membership website atau program, pastikan tujuan utama anda adalah untuk membantu orang lain. Melalui skill yang anda ada tadi, so you can offer it to other people, dengan tujuan bila mereka subscribe to your program, mereka dapat menambahkan pengetahuan atau skill mereka. Again, intergriti adalah kunci kepada kejayaan dalam setiap apa yang anda lakukan.

5.0 Menjual Perkhidmatan Digital Marketing

Apabila bercakap berkenaan dengan digital marketing, basically ianya sangat luas dan tak dapat dihuraikan semuanya. Hehe, tapi takpa berikut antara idea yang mungkin anda boleh buat dalam memulakan online business tahun 2020 ni.

5.1 Pereka Grafik (Graphic Design)

Anda seorang yang kreatif dan meminati senireka grafik? Yes, hari ini semakin banyak graphic design yang kita lihat dalam talian. Semua ni direka oleh pereka grafik. Untuk menjadi pereka grafik pun sama, tak memerlukan anda ada Diploma atau Degree, yang penting anda berminat dan ingin belajar menggunakan software untuk membuat rekaan grafik.

If that is YOU. Berita baiknya, anda boleh memulakan onlines business sekarang. Boleh ambil tempahan bukan saja di sekitar anda malah worldwide. Anda boleh menjadi freelancer dan mencari pelanggan diseluruh dunia. Antara platfrom paling senang untuk bermula ialah mengiklankan perkhidmatan kat website freelancer seperti fiverr.

5.2 SEO Writing dan Content Management

Jika anda seorang yang bagus di dalam bidang penulisan dan juga SEO (Search Engine Optimization) anda boleh menggunakan kepakaran tersebut untuk memulakan online business.

Yes. Hari ini, semakin banyak perniagaan brick and mortar kat luar sana berlumba-lumba untuk memasarkan produk secara online. In order to ensure your present online detected by customer, you kena bermain dengan SEO. Bukan hanya sekadar menghasilkan website atau blog, but it beyond that. Your website atau blog mestilah boleh dicapai oleh google ataupun search engine lain seperti Yahoo, Bing dan sebagainya.

Berita baiknya, bukan semua orang pakar dalam SEO dan content management ni, so jika anda ada kelebihan tersebut, ini lah masanya anda mengasah bakat yang ada sambil menambah pendapatan.

5.3 Social Media Management

Anda pasti pernah Like, Share atapun kalau tidak menonton sesuatu content atau iklan di media sosial kan. Err..macam mana content tersebut boleh lalu kat wall facebook, insta or twitter you?

Tiada magik untuk semua tu, itu yang kita panggil sosial media management. Kalau anda seorang yang pandai membuat content management, tahu cara untuk membuat iklan melalui fb ads. Yes, anda mungkin boleh bantu jiran anda yang baru berjinak-jinak nak promote produk kecantikan facebook tapi tak reti nak set up Facebook Page atau buat iklan bagi mensasarkan pelanggan berpotensi.

Nak belajar cara buat landing page website dengan harga kasih sayang? Boleh check info di sini.

5.4 Website

Ada kemahiran membina website? Good news. Sama seperti social media, bukan semua business owner ada kemahiran untuk membina website sendiri. Dalam masa yang sama, website merupakan elemen penting bagi sesuatu perniagaan pada masa sekarang. Ia umpama seperti ruang receptionist sesebuah syarikat. Kalau receptionist area kurang menarik, mungkin bakal pelanggan anda tak jadi nak masuk ke dalam opis kot. Same goes to your company website, it is your upfront platform to present your company services and attract your potential customer.

Haaa..jika anda ada kemahiran membina website, it time to consider to help others and earn some buck from it 🙂

6.0 Freelancing & Virtual Assistant

Freelance job antara business online yang sangat mudah untuk dimulakan. Jika anda ada kemahiran tertentu seperti fotografi, copywriting, buat iklan online, graphic design, video or audio editing and etc, so anda sudah boleh memulakan bisnes online dengan serta merta.

Bagaimana untuk bermula
Kenalpasti apakah kelebihan atau skill yang ada. Untuk perniagaan jenis ini, anda harus pakar di dalam bidang yang anda sediakan. Kalau tak ia mungkin akan memberikan reputasi yang buruk kepada anda sendiri. Remember, to be success, you must good at something that you passionate with, then you will enhance your skill. That why it is important for you to identify your skill to ensure the niche yang kamu pilih sesuai dengan passion kamu.

Mana Nak Cari Customer
Cara paling senang untuk mengiklankan perkhidmatan anda adalah melalui social media seperti facebook dan instagram.

Your client could be form wordwide, business owner, kedai runcit or whoever yang mungkin memerlukan skill anda. Bila sudah mula buat freelance, ia merupakan batu loncatan bagi anda untuk membuka full time agency.

7.0 Menjual Kraftangan

Tak kisah la anda seorang suri rumah sepenuh masa atau anda ada kerja full time dari 8am – 5pm tetapi memiliki skill untuk menghasilkan kraftangan. Good news is, kraftangan tersebut anda tak perlu jual di pasar malam atau pasar minggu sahaja.

top online business 2020/21
Terima kasih kepada teknologi hari ini especially social media, you can start to sell your handycraft online immediately. Cara paling senang boleh jual kat facebook dan instragram. Nak highend sikit boleh jual kat Shopee. Jika anda nak jual kat marker antarabangsa boleh iklan kan produk kraftangan kat Etsy. Tak pernah dengar ke Etsy before this? Takpa, boleh check website mereka, kat sini dari seluruh dunia orang jual kraftangan mereka, especially yang homemade.

Nak lagi grand, boleh bina website sendiri samada menggunakan WordPress, Shopify atau perkhidmatan lain yang menyediakan platform eCommerce.

Good luck, jangan tunggu next week atau next month. Kalau dah ada kraftangan yang sudah siap, start jual sekarang secara online 🙂

8.0 Influencer Marketing

Pasti biasa tengok artis-artis ramai follower di facebook atau instragram mereka kan. Anda tak perlu jadi artis, anda juga boleh menjadi influencer jika dilakukan dengan proses yang betul.

Untuk menjadi influencer, so you kena konsisten berkaitan dengan niche yang anda pilih. For example you in travel niche, so kena selalu travel la 🙂 Then post sometime related to travel or vacation. Maybe you suka pergi gym atau zumba, so you kena upload something related to your activity. Bila dah ramai follower, so you can start earn money dengan mempromosikan produk atau servis yang berkaitan dengan niche yang kamu pilih. Sebagai contoh maybe you suka pergi gym, then you can buy gym shoes online kat SportDirect, so promote la affiliate link tempat you beli tadi, kalau ada follower yang purchase through your affiliate link you will get commission from SportDirect. Senang jer kan. 🙂

9.0 Dropshipping

Dropshipping ni ramai yang dah buat kan. Ini merupakan antara online business yang terawal dan masih berkembang pada tahun 2020/21 ni.

top online business 2020/21 dropshipping
Salah satu kebaikan dropshipping ini ialah penjual tak perlu fikir pasal stok dan juga pengiriman. Semua tu akan dilakukan oleh supplier. You just need to promote the produk and proses the payment.

Dropshipping ni boleh juga buat melalui kaedah jualan langsung melalui facebook atau instragra wall. Tapi kalau nak nampak pro sikit, boleh buat ecommerce store sendiri dan pilih niche yang sesuai. Shopify, Easystore and BigCommerce antara ecommerce platform yang banyak digunakan. Namun begitu, kos agak mahal berbanding dengan custom made website menggunakan Worpress.

10.0 Forex or Stock Trading

Saya sengaja letakkan forex atau stock trading ni sebagai yang terakhir. Ini kerana perniagaan online ini merupakan perniagaan yang paling berisiko untuk mendapat kerugian kalau tak ada ilmu. Namun begitu, forex atau stock trading juga merupakan perniagaan yang paling senang untuk diceburi serta memberikan pulangan yang lumayan sesuai dengan risiko yang tinggi.

AWAS! Anda dinasihatkan untuk tidak menceburkan diri didalam bidang ini sekiranya tak ada ilmu.

top online business 2020/21 forex trading
Perniagaan ini merupakan satu-satunya perniagaan dimana anda tak perlu mencari customer dan anda tak bersaing dengan sesiapa. Tetapi musuh utama perniagaan ini ialah TAMAK dan anda sendiri. Jika anda seorang yang sabar dan tidak mudah tamak, mungkin anda perlu mendapatkan ilmu terlebih dahulu sebelum memulakan business ini.

Nak belajar lebih lanjut, boleh follow kawan saya (En Hisyam) kat WHATSAPP

Nak cuba boleh, tapi saya nasihatkan gunakan modal free dulu. Untuk dapatkan modal USD30 percuma boleh claim kat sini. Lepas claim jangan lupa follow arahan selanjutnya kat website macam mana nak claim.

Selamat maju jaya. Tapi sekali lagi saya ingatkan, Forex atau Stock trading ni sangat berisiko dan tidak sesuai untuk mereka yang tak sanggup kehilangan modal mereka. Tetapi, kalau ada usaha tidak mustahil ia boleh menjadikan anda jutawan in next few year.

Start Today
Ok guys, hopefuly anda dah ada idea untuk memulakan business online di tahun 2020/21 ni ya. Stay tune and jangan lupa untuk subscribe dan follow this page for more info and update untuk business online. Tak perlu tunggu minggu depan atau tahun depan, you can start it today.

Good luck guys, see you all at the top. Malas nak buat online business dan masih nak kerja, saya syorkan anda baca cara memulakan kerjaya di dalam bidang safety kat sini. Mana tahu nak jadi safety officer 🙂

Perniagaan atas talis talian sedang TOP masakini – FINGO – Whatsapp Kami untuk detail

rujukan sumber

Like Share Please ;

1 thought on “Jenis Perniagaan Atas Talian Tahun 2020-2021 Yang Bakal Paling Top”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *