Antara Salah Faham Tentang E-Commerce Yang Perlu Anda Tahu

  • by

Antara Salah Faham Tentang E-Commerce Yang Perlu Anda Tahu

Table of Contents
1. Salah faham 1 : Ianya mudah !
2. Salah Faham 2 : Tak perlu tahu teknikal pun boleh !
3. Salah Faham 3 : Tidak mementingkan kepercayaan pelanggan !
4. Salah Faham 4 : Bisnes dah besar baru guna E-Commerce !
5. Salam Faham 5 : E-Commerce menyelesaikan semua masalah bisnes!

Ramai orang salah faham berkenaan e-commerce. Semudah buat website, masukkan produk dan BOM! Kedai online siap untuk menerima pesanan pelanggan 24 jam sehari 7 hari seminggu!

Ramai yang beranggapan apabila siap sahaja website e-commerce, ia seolah-olah kedai maya yang terletak dalam pasaraya besar yang dikunjungi oleh ribuan orang. Hakikatnya, ia seperti sebuah kedai maya yang terletak di lokasi paling terpencil di atas muka bumi.

Dari pengalaman saya, ramai yang gagal dalam e-commerce kerana tidak dapat menguasai aspek teknikal dalam menguruskan website e-commerce. Anda mungkin ada banyak pengalaman bisnes, tahu serba serbi berkenaan produk, inventori, marketing dan jualan. Ia masih belum cukup untuk berjaya dalam e-commerce.

Anda perlu menguasai ilmu pemasaran online seperti SEO, Analytics, Adwords, Facebook Marketing, Remarketing dan banyak lagi ilmu lain yang berkaitan. Malah untuk mengadaptasikan ilmu jualan biasa seperti upselling dan cross selling dalam website e-commerce memerlukan ilmu teknikal website yang tersendiri.

Tahukah anda, statistik menunjukkan 98%-99% pelawat website e-commerce tidak membeli semasa lawatan pertama mereka? Pelanggan tidak membeli secara e-commerce tanpa wujudkan kebolehpercayaan terhadap website yang mereka lawati.

Ia mungkin berbeza sama sekali dengan bisnes online close sale manual menggunakan whatsapp (atau facebook messenger) kerana melalui platform itu kita berpeluang berinteraksi dengan pelanggan secara terus. Menjual secara e-commerce, kita tidak ada peluang untuk berinterasi dengan pelawat dan ia menyukarkan proses membina kepercayaan dan seterusnya proses jualan lebih sukar untuk berlaku.

Saya berpendapat tidak perlu tunggu jualan mencecah ratusan ribu atau juta dahulu baru guna E-Commerce. Apa yang E-Commerce tawarkan sebenarnya ialah satu platform yang bukan sahaja berfungsi untuk menjadi jurujual produk, malah ia juga menjadi tempat penerimaan & pengurusan pesanan, menerima bayaran, menyimpan data pelanggan, customer service dan menerima feedback pengalaman pembelian pelanggan (testimoni).

Masalah biasa dalam bisnes online yang diuruskan secara manual (menerima order menggunakan whatsapp etc) ialah ia tidak mampu melayan pelanggan 24 jam sehari. Prosesnya adalah manual dan penyimpanan data pelanggan pula adalah manual. Seorang jurujual mempunyai keupayaan terhad terhadap berapa pesanan sehari yang mampu diterima dan diuruskan. Bisnes tidak mampu berkembang kerana terdapat banyak kekangan dari segi sistem dan keupayaan.

E-Commerce ialah penyelesaian kepada pemilik bisnes yang ingin melancarkan urusan menjual, menerima pesanan, menerima bayaran, customer service, menyimpan data pelanggan, dan maklum balas pelanggan (testimoni). Jadi ia tidak terhad kepada saiz bisnes samada besar mahupun kecil.

E-Commerce hanyalah salah satu cabang channel jualan. Anda masih ada cabaran lain dalam bisnes yang perlu diselesaikan juga seperti masalah inventori (stok), masalah perakaunan (cash flow), masalah logistik, masalah pengurusan pekerja dan seumpamanya.

Like Share Please ;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *