Tips Pakar SEO Malaysia: ‘Hidden’ Strategy Untuk Dapat FREE Traffic Dari Google

  • by

Masih ingat macam mana internet pada tahun 90-an dan awal tahun 2000? Ini adalah zaman Wild Wild West search engines! Pada waktu itu, memang senang sangat nak manipulasi search engines seperti Google dan sebagainya. Seni manipulasi ini dipanggil “Keyword Stuffing”. Seorang webmaster atau pakar seo hanya perlu mengisi webpage dengan keyword yang diingini. And boom! Website yang di cari akan muncul antara yang teratas dalam search result.

Tips Pakar SEO Malaysia: ‘Hidden’ Strategy Untuk Dapat FREE Traffic Dari Google

Pernah dengar SEO ataupun Search Engine Optimization? First time dengar? Hari ni kita kongsi ilmu Pakar SEO Malaysia.

Sebelum kita share ilmu dengan lebih perinci, terdapat beberapa statistik yang perlu anda ketahui.

97.11% daripada rakyat Malaysia menggunakan Google sebagai search engine mereka. 5 bilion searches dilakukan setiap hari. Di seluruh dunia. 79% daripada pengguna search engine cuma klik organic search result Leads dari Google organic result mempunyai closing rate sebanyak 14.6%.

Nombor-nombor to dasyat dari perspektif “Pakar SEO Malaysia”! Pendek kata, SEO adalah platform sales dan marketing terbaik, terutamanya jika anda seorang yang berbisnes dan bergantung pada online marketing sepenuhnya!

So, apa definisi sebenar SEO?

SEO (Search Engine Optimization) atau Pengoptimuman Enjin Carian adalah kaedah mengoptimumkan ciri-ciri web properties anda untuk mencapai ranking yang lebih tinggi dalam search engine.

Dalam istilah layman.

SEO = Mengoptimumkan laman web anda untuk rank di Google #1 Page

Step 1: Crawling

Semuanya bermula dengan labah-labah. Ya labah-labah! Eh! Bukan Spiderman dalam filem tu. Tapi sejenis BOT AUTOMATIK yang melayari dalam jaringan web di seluruh dunia untuk mendapatkan semua maklumat yang ia mampu kumpulkan dari setiap website.

Apabila web crawlers ni tiba di satu laman web, ia akan kumpulkan maklumat seperti tajuk laman web, maklumat meta, kata kunci (keywords) dan sebagainya. Semua data yang terkumpul akan dihantar ke search engine database.

Bagaimanakah rupa Google Spider di real life?

Step 2: Indexing

Indexing adalah proses di mana search engine menyimpan data terkumpul di pangkalan data yang sangat besar

Bayangkan search engine seperti Google dan Bing sebagai satu perpustakaan yang besar. Website itu ibarat buku manakala web pages adalah seperti helaian muka surat di dalam buku. Apabila Google web crawlers melayari ke satu satu website yang baru, ia akan menyimpan butiran website ke Sistem Pelayan Google (Google Server). Dari masa ke semasa, Google web crawlers akan kembali kepada website dan memeriksa samada terdapat sebarang pengemaskinian atau website baru yang telah ditambah, sekaligus membuat indexing untuk maklumat tersebut.

Step 3: Return Search Result

Sebelum wujudnya Internet, kita hanya gunakan perpustakaan sebagai tempat untuk kita dapatkan maklumat dan apa aje info dan lain-lain. Kini, penggunaan yang sama bagi search engines. Nilai dasar search engines adalah untuk mengembalikan search results yang paling relevan berdasarkan apa yang dicari.

Di sinilah Google atau Bing, atau Baidu akan menyemak petabytes of data untuk mencari website yang paling sesuai dan mengembalikannya sebagai search results kepada kita.

Bagaimanakah Search Engine Menentukan Website Mana Yang Akan Dipaparkan?

The Wild Wild West!

Masih ingat macam mana internet pada tahun 90-an dan awal tahun 2000? Ini adalah zaman Wild Wild West search engines! Pada waktu itu, memang senang sangat nak manipulasi search engines seperti Google dan sebagainya. Seni manipulasi ini dipanggil “Keyword Stuffing”. Seorang webmaster atau pakar seo hanya perlu mengisi webpage dengan keyword yang diingini. And boom! Website yang di cari akan muncul antara yang teratas dalam search result.

Contoh Keyword Stuffing

Kemudian, Google dan syarikat-syarikat bersekutu dengannya mula mengetatkan persyaratan. Search engine providers mengetengahkan search algorithm updates untuk menghalang manipulasi terhadap search engines. Ketika itulah konsep-konsep seperti “keyword density” dan “human readability” diperkenalkan. Dengan pelaksanaan algoritma baru, banyak laman web berunsur spam telah hilang.

Setelah itu, syarikat search engines memutuskan bahawa penting untuk ada backlinks dan menggunakannya sebagai isyarat untuk menentukan search results. Oleh itu, webmasters mula mewujudkan back links ke website mereka. Ini juga telah menyebabkan Google, Yahoo dan Microsoft bertindak melawan spam link.

FAKTA: Search engines sentiasa bereksperimen dan mengenalkan new ranking factor untuk memberikan search results yang terbaik.

Oleh itu, adalah penting bagi seo specialist malaysia ataupun pakar seo malaysia yang offer servis seo untuk sentiasa update ilmu seo supaya tidak ketinggalan.

Jadi apakah The Major Search Engine Ranking Factor dalam tahun 2021 ini?

Google’s Top 3 Search Ranking Factor

#1 Content
#2 Links
#3 RankBrain

Like Share Please ;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *